BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 3 Oktober 2009

TERENGGANU DARUL IMAN...LAHIRNYA PERMATA BATIK NEGARA DI PANTAI TIMUR...

Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri persisiran pantai yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Sejak dahulu lagi,Terengganu terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaan Melayu serta keunikan hasil kraftangannya.Disinilah pengasas dan pemilik Noor Arfa Batek Sdn Bhd,En. Wan Mohd Ariffin bin Wan Long dan isterinya Puan Noor Hijerah Binti Hanafiah memulakan perusahaan batik mereka.Bermula daripada sebuah perusahaan kecil,segala titik peluh mereka terbalas dengan kejayaan mereka mewujudkan satu pusat batik Malaysia yang dikenali sebagai "Noor Arfa Batek".Lantas saya selaku golongan muda penyambung warisan negara yang mencintai seni batik telah menyahut seruan dengan menjadi salah seorang Francaisi Noor Arfa Batek Sdn Bhd dan telah memulakan operasi secara rasminya pada 26/07/2009.Cawangan yang saya miliki adalah di Awana Kijal Golf,Beach & Spa Resorts dan Awana Genting Highlands Golf & Country Resorts.Isteri saya,Fazleen Noor Adnan merupakan tulang belakang kepada apa yang saya mampu capai pada hari ini dan dibantu juga oleh ahli keluarga yang tidak jemu memberi galakan agar terus mengejar kejayaan.Kami memiliki 8 orang pekerja iaitu 2 orang di Awana Genting Highlands dan 6 orang di Awana Kijal Golf,Beach & Spa Resort di Kemaman,Terengganu.Di Awana Genting,operasi syarikat kami hanyalah melibatkan jualan iaitu mempunyai sebuah outlet manakala di Awana Kijal operasi syarikat meliputi keseluruhan pengeluaran batik kerana di Awana Kijal,pihak kami mempunyai outlet,kawasan demonstrasi,kiosk dan juga bengkel untuk menghasilkan batik lukis.Disini pihak kami bukan sahaja menjual barangan batik & songket yang telah siap tetapi pengunjung yang datang boleh mencuba untuk mewarna & melukis batik kerana disini kami telah menyediakan beberapa pakej untuk pengunjung merasa sendiri bagaimana untuk menghasilkan batik..

0 ulasan: