BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 3 Oktober 2009

"SEJARAH SENI BATIK DIMALAYSIA"

'Batik'berasal dari perkataan jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata jawa 'nitik' yang bermakna membuat titik.Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.Batik merupakan satu seni yang unggul diMalaysia.Sejak abad ke-15 lagi manusia telah menemui kaedah untuk membuat batik secara tradisional.Batik dipercayai berkemungkinan berasal daripada zaman Mesir Kuno atau Sumeria.Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria,Cameroon & Mali manakala di Asia,ia terdapat di India,Sri Lanka,Bangladesh,Iran,Thailand,Indonesia dan Malaysia sendiri.Pada masa dahulu,masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.Di alam Melayu,sejenis batik yang dipanggil batik pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.Batik terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya adalah batik tulis,batik skrin,batik celup dan batik terap.


Antara motif yang biasanya digunakan untuk menghasilkan batik adalah:


1-Motif Ayam
2-Motif Bunga Buluh
3-Motif Bunga Kerak Nasi
4-Motif Bunga Kotak Bercampur
5-Motif Bunga Raya
6-Motif Bunga Orkid
7-Motif Daun Sireh
8-Motif Geometri
9-Motif Pucuk Rebung
10-Motif Rama-Rama
11-Motif Siput


Antara corak-corak yang sering digunakan adalah:


1-Corak Berdiri
2-Corak Jalur
3-Corak Melintang
4-Corak Menyeluruh
5-Corak Menyerong
6-Corak Tompok-Tompok
7-Corak Ulangan Batu-Bata
8-Corak Ulangan/Selang-Seli

TERENGGANU DARUL IMAN...LAHIRNYA PERMATA BATIK NEGARA DI PANTAI TIMUR...

Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri persisiran pantai yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Sejak dahulu lagi,Terengganu terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaan Melayu serta keunikan hasil kraftangannya.Disinilah pengasas dan pemilik Noor Arfa Batek Sdn Bhd,En. Wan Mohd Ariffin bin Wan Long dan isterinya Puan Noor Hijerah Binti Hanafiah memulakan perusahaan batik mereka.Bermula daripada sebuah perusahaan kecil,segala titik peluh mereka terbalas dengan kejayaan mereka mewujudkan satu pusat batik Malaysia yang dikenali sebagai "Noor Arfa Batek".Lantas saya selaku golongan muda penyambung warisan negara yang mencintai seni batik telah menyahut seruan dengan menjadi salah seorang Francaisi Noor Arfa Batek Sdn Bhd dan telah memulakan operasi secara rasminya pada 26/07/2009.Cawangan yang saya miliki adalah di Awana Kijal Golf,Beach & Spa Resorts dan Awana Genting Highlands Golf & Country Resorts.Isteri saya,Fazleen Noor Adnan merupakan tulang belakang kepada apa yang saya mampu capai pada hari ini dan dibantu juga oleh ahli keluarga yang tidak jemu memberi galakan agar terus mengejar kejayaan.Kami memiliki 8 orang pekerja iaitu 2 orang di Awana Genting Highlands dan 6 orang di Awana Kijal Golf,Beach & Spa Resort di Kemaman,Terengganu.Di Awana Genting,operasi syarikat kami hanyalah melibatkan jualan iaitu mempunyai sebuah outlet manakala di Awana Kijal operasi syarikat meliputi keseluruhan pengeluaran batik kerana di Awana Kijal,pihak kami mempunyai outlet,kawasan demonstrasi,kiosk dan juga bengkel untuk menghasilkan batik lukis.Disini pihak kami bukan sahaja menjual barangan batik & songket yang telah siap tetapi pengunjung yang datang boleh mencuba untuk mewarna & melukis batik kerana disini kami telah menyediakan beberapa pakej untuk pengunjung merasa sendiri bagaimana untuk menghasilkan batik..